|
Written by azlanlin
|
:: DUNIA FOREX ::
Pergerakan candlenya mampu membuatkan kita tersenyum atau 'keruh' raut wajah. Yang berpenyakit lemah jantung, perlu berhati-hati. Keyakinan terhadap tindakan yang kita lakukan berdasarkan klu-klu tertentu seharusnya konsisten. Keyakinan yang tinggi, memberi kelebihan pada diri.
Kekadang, tindakan yang dibaut sebelum ini perlu dihentikan dengan DRASTIK! Ini semua dilakukan berpandukan pada klu-klu terkini. Sanggup kerugian menjadi pedoman dan pandauan demi perjalanan yang masih jauh. Itulah sedikit sebanyak rencah dan ragam dalam DUNIA FOREX.
Namun, gabungan ILMU dan PENGALAMAN membuatkan kita KENTAL. Ketika itulah, anda akan mengatakan bahawa FOREX adalah MUDAH SAJA..

:: Jitu Global Network :: |
|
|
Written by azlanlin
|
|
Tuesday, 10 November 2009 00:17 |
|
Alhamdulillah, aku berpeluang mengikuti Kursus Pembinaan Laman Web berasaskan Joomla. Perisian ini memang aku kepingin, malangnya aku tak tahu untuk memulakannya. Oleh keranan keinginan yang kuat untuk memulakan ekplorasi untuk Joomla, aku sanggup membayar webhosting sendiri. Proses ekplorasi bermula..aku seolah-olah tidak menjumpai pintu masuk untuk memulakannya. Akhirnya terbiar begitu sahaja.
Rezeki Allah, rakan aku selaku Pegawai ICT di PPD Batang Padang, akan menganjurkan kursus Joomla di Cameron Higland. Kebetulannya, MemBesor terpilih sebagai salah seorang peserta untuk ikuti kursus itu. Aku mencelah. AKhirnya aku berjaya memahami konsep asas Joomla.
Hasil ekplorasi berkaitan Joomla, sebuah laman web yang menjadi bahan uji aku dan membesor ialah SK Sungai Behrang Online. Beberapa ilmu baru berkaitan module (menu) telah dikuasai dengan tambahan maklumat di beberapa forum berkaitan Joomla.
|
|
Last Updated on Tuesday, 10 November 2009 00:30 |
|
|
|